Apakah Collagen?
Collagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai:
- Perekat dalam badan.
- Memberikan struktur kepada badan.
- Melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.
- Collagen digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuha struktur serta mengaktifkan penjanaan semula sel-sel badan yang baru.
Bagaimanapun, Collagen yang merupakan 1/3 protein yang terdapat dalam badan kita mengalami penyusutan apabila umur kita semakin meningkat biasanya pada pertengahan umur 20-an ke atas.
Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang Collagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein. Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut. Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh Collagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot. Apabila badan mendapat khasiat daripada protein /collagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yagn lebih kukuh, jelas dan menarik.
Kesan-kesan penyusutan kadar Collagen menyebabkan:
- Kulit muka akan hilang keanjalan semulajadi dan tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an.
- Pengurangan Collagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut.
- Collagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, ini mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa.
- Menghalang pergerakan nurisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan, langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain.
- Keadaan tulang, kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan.
Khasiat Menggunakan Collagen:
- Membantu proses pemulihan osteoperosis & osteoarthritis.
- Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit.
- Mengatasi masalah kulit kusam, kering dan berkedut.
- Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap.
- Menyuburkan rambut agr kelihatan lebat dan berkilau.
- Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ketahap maksima.

No comments:
Post a Comment